cun tak??

weiß, dass meine Freunde....

My Photo
izaidah hj jamaludin
hallo..hallo friends all over the world..namaku seperti yang terpapar ringkas..masih belajar..dan akan belajar sampai bila2 tak kira la belajar ape pon..asal namanya belajar..very childish dan kadang2 matang nak mampos..hangin stu badan..sape tak puas hati bley blah dari hidup aku..saya sgt menghargai org lain..jangan jadi penipu..jgn jadi hipokrit...bukan mak ayah je marah..ALLAH lagi la marah..enjoy knowing me all my friends..love u olls!
View my complete profile

Saturday, August 31, 2013

My new Passion - lovely DD.

Monday, June 11, 2012

weewee ku sayang!!

Assalamualaikum...byk yang nak erita..most interesting is about Meor Mohd Yusoff..rasenye dah lama dah tak menaip mengenai ape2 pon..kononnya bz lah keje..tapi xde la sgt..next week dah tak dok kat opis pon..means that dah tamat kehidupan aku sebagai office worker.hahaha..sgt2 happy sebab nk balik kedah..bw weewee plak tu...simanjaku...si kancil putih..dah beli lotion nak polish dia nnti sabtu or ahad..nak ilangkan itam2 kat badan weewee,then nak kilat..tunggu balik umah nnti..kat kedah baru lah kilat betul2..boleh kan weewee...nnt nak upload gambar weewee...

Thursday, May 17, 2012

aduhhh..pening  kepala kalau dok tunggu buah yang tak jatuh ni...dah mcm2 buat..ape hal la..aku ni...system badan dah ko agaknye..b..cepat  lah balik...i need u by my side...

Wednesday, May 9, 2012

To whom it may concern....


i know u always read my blog..then you keep it as your favorite on your computer...its ok...i dont mind..
but ...haha..malas la nak tulis dalam english..its better in BM...jgn la do selalu sgt baca blog gue...hehehe..segan rasenye...
itu kehidupan masa lampau zaman jahiliah yang bakal i tinggalkan untuk selama2nya...huhu...i treated myself as well as i want..hahaha..
aduhhh..tadi ingat ape nak tulis...skang dah blank la pulop...ooohh..ingat..sy just nak tinggalkan pesanan tuk seseorang...
saya tahu awak teringin nak kawen sgt..ntah lah awak cakap serious atau tak..sy tak kisah pon hal awak...tapi awak kena cari la girl yg fully furnished...hahaha...
yg boleh ikot cara awak..yg agak pelik dan kalau saya..mmg reject dari awal2...awak nak tahu tak kenapa...sy tak suke judging org..tapi dari pandangan sy..kalau tak betol sorry k..awak mmg mcm ape yg sy pandang ni la...
nasihat sy la...kalau awak nak ngorat girl atau nak takle atau ape jelah...please la jgn tunjuk awak tu gud2...sebab pompuan terutamanya jenis macam sy ni...mmg tak layan org gud2...lebih baik awak expend awaknye knowledge dari menunjuk awak tu bijak...
satu ag jgn la kede sgt...sebab 1st thing pompuan mcm sy ni tgk kede ke tak..bukan maksudnye sy nak kikis awak...tp...jgn kede itu penting...sebab..byk sebabnya...nnti sy tulis kenapa org laki takley kede sgt...hahaha...dr point of view diri sy la...huhu....benti la dulu,..nnt sambung lg..hehehe...

Thursday, September 29, 2011

we're getting married soon...

Sunday, July 17, 2011

cinta

salam..dah lama tak menulis rasanya...emm nak cerita ape ye...nak cerita pasal hati la...alhamdulillah...cinta ini makin mekar dan kami pon dah rancang nak kawin...tak lama lagi mungkin...harap dipermudahan kan segala perjalanan..aku sgt nak dia tahu yang aku amat mencintai dia...dan pada suatu hari nanti..harapan yang kami bina akan menjadi kenyataan...meor mohd yusoff..thanks for this love!!

Wednesday, May 25, 2011

nak luahkan perasaan....boleh tak??

xde ape ceritenye..tapi nak cerite gak kesedihan dalam hati takkan nak simpan sorang2 kan..at least bila aku mati nnti org yang berkenaan tau ape aku rase...1st sekali aku mmg rindu gile kat mohd khairul syazwan abdul hakim..jangan sape nak sangkal lagi sebab aku mmg cinta gile kat dia...sampai mati kenangan aku ngan dia takkan terkubur sebab dialah cinta pertama aku...sebab cinta tu bukan senang nak pupuk..kalau syg..aku leh cakap syg kat sesape je aku nak..tapi aku cinta..hanya dia sorang..maaf meor..cinta aku utk kakek sebenarnye...sebab tu aku selalu sebut kakek bila kuar dgn kau...tu pon kau tak sedar..yang kau ingat aku terlalu sygkan kau..kau suke hati nak buat ape kau suke kan..minta maaf,..aku sebenarnye belom terbuka utk komitmen..utk bg cinta...utk rumahtangga...

tak kisah la...yang aku kisah..aku mmg di control mati matian..lalalala..lantak la babe..aku buat pon sebab aku happy kau ade..aku trau kau syga aku..kau syg gak org lain tu..aku ni..ju k..bila keje jahat dia nak buat dia kan buat...siap kau..kau buat perangai gilababi kan..aku buat jugak..kau bukan sape pon k..kau persinggahan...kalau kita ade jodoh..ade k..aku tunggu kau..sebab mmg aku syg kau..tapi aku kena pupuk cinta utk kau...aku tgh cube..aku nak sgt kau tahu...aku cube segalanya utk kau..kau..dan kau...cume aku nk kau hargai syg aku yg akan jadi cinta ni..k..tolong la kau mengerti...

The Road Not Taken-Robert Frost


Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I marked the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.

Friday, May 20, 2011

aku dah tahu ape aku alami selama 2 hari ni....


oooo...inilah puncanya!!!

  1. Tidak makan atau lambat makan mengikut waktu juga boleh menyebabkan terjadinya migrain.
  2. Orang yang kerap meminum minuman yang mengandungi kaffein seperti kopi, teh, nescafe, coca-cola dsb selalu menghadapi caffeine withdrawal syndrom bila mereka cuba menghentikan tabiat mereka secara mendadak. Sindrom ini sama dengan migrain. Ini adalah kerana kaffein menyempitkan saluran darah, dan memberhentiannya akan menyebabkan saluran darah mengembang...peace :) aku minum coke dan nescafe....huhuhu..padan muke aku!!
  3. Haid.Ramai wanita yang mengalami migrain sebelum, semasa dan selepas dating haid....peace..:) dah kate dah aku mmg nak piyed..lalalala~
  4. Berlaku pertukaran dalam masa tidur dan jaga. Terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migrain...bullshit!! mmg kurang tidow r!!!
  5. Ubat yang menyebabkan saluran darah mengembang boleh menyebabkan migrain. Begitu juga dengan beberapa persediaan herba seperti yang mengandungi ginkgo biloba.Penggunaan berlebihan ubat migrain juga boleh menyebabkan migrain...peace..:)..i'm addicted already!!

info mengenai migrain!!

Migrain juga dikenali sebagai hemikrania, perkataan Greek yang membawa maksud sebelah tengkorak. Ia juga dikenali sebagai vascular headache. Sakit kepala yang berlaku berulang, berdenyut-denyut selalunya terjadi sebelah kepala sahaja. Ada juga yang bermula di sebelah kepala sahaja dan kemudiannya melarat kedua-dua belah kepala. Dalam kes yang teruk, migrain menyebabkan pening (nausea), muntah, cirit-birit, pengekalan cecair badan (retention of fluid) dan sensitif kepada bunyi dan cahaya.


Lebih kurang 10% hingga 15% pesakit migrain mengalami migrain jenis ini. 10 hingga 30 minit sebelum berlakunya migrain, tanda-tanda awal (warning) berlaku. Tanda-tanda ini dikenali sebagai aura atau prodrome dan ia berlaku selama 5 - 15 minit. Tanda-tanda aura ini adalah seperti berikut :

- Terlihat cahaya terang (bright spots),
- Garisan zigzag (zigzag lines),
- Penglihatan berganda (double vision),
- Buta sementara (temporary blindness),
- Kebas (numbness),
- Kepala terasa berpusing (dizziness),
- Pening (drowsiness),
- Sukar bercakap (slurred speech) dan keliru (confusion).
* Selepas tanda-tanda ini hilang, migrain mula menyerang.

Aura dikatakan disebabkan oleh saluran darah yang menghantar darah ke otak dan tisu sekelilingnya mengecil sementara, jadi menghad penghantaran darah ke bahagian tersebut. Ini menyebabkan gangguan pada saraf rasa dan pengawalan motor. Bagaimanapun ada juga yang mengatakan bahawa aura bermula di sistem saraf - satu fenomena yang dikenali sebagai spreading depression of the cortex. Ada kajian yang menunjukkan bahawa pengaliran darah hanya bertambah beberapa jam selepas aura terjadi dan sakit kepala bermula.

Migrain juga dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Kenapa ia berlaku sedemikian masih belum dikenalpasti secara jelas. Bagaimanapun, beberapa perkara penting yang menyebabkan fenomena ini berlaku adalah seperti yang dinyatakan di bawah :

i) Keturunan
Saluran darah individu tertentu tidak begitu sensitif kepada kesan-kesan penyejukan (effect of cooling). Membran platlet pula tidak mampu mengekalkan serotonin dengan effektif (serotonin adalah bahan kimia dalaman yang boleh mengecutkan saluran darah).

ii) Pemakanan
Makanan yang mengandungi monosodium glutamate MSG (seperti Ajinomoto), cheese,
nitrate, coklat, kekacang, alkohol dan aspartame boleh menyebabkan migrain. Ada antara makanan ini yang mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan saluran darah, jadi menyebabkan migrain. Kemungkinan juga makanan ini menyebabkan reaksi allergik yang akan menyebabkan migrain.

iii) Diet
Menurunkan kandungan gula dalam darah mungkin menyebabkan migrain. Ini kerana kandungan gula yang rendah menyebabkan saluran darah mengembang.

iv) Tidak makan atau lambat makan mengikut waktu juga boleh menyebabkan terjadinya migrain.

v) Orang yang kerap meminum minuman yang mengandungi kaffein seperti kopi, teh, nescafe, coca-cola dsb selalu menghadapi caffeine withdrawal syndrom bila mereka cuba menghentikan tabiat mereka secara mendadak. Sindrom ini sama dengan migrain. Ini adalah kerana kaffein menyempitkan saluran darah, dan memberhentiannya akan menyebabkan saluran darah mengembang.

vi) Hormon.
Turun naik hormon wanita, oestrogen, dikaitkan dengan kejadian migrain. Migrain mungkin tidak disebabkan oleh oestrogen secara terus, tetapi disebabkan oleh paras oestrogen yang tidak menentu naik dan turun.

vii) Mengandung.
Selalunya kejadian menurun semasa mengandung.

viii) Haid.
Ramai wanita yang mengalami migrain sebelum, semasa dan selepas dating haid.

ix) Pil perancang.
Ada pil perancang yang mengandungi oestrogen. Ini boleh menyebabkan migrain.

x) Menopause (putus haid).
HRT (hormone replacement therapy) yang menggunakan hormon termasuk oestrogen menyebabkan mereka yang mengambilnya mengalami migrain.

xi)Tidur.
Berlaku pertukaran dalam masa tidur dan jaga. Terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migrain.

xii) Pemakanan yang tidak teratur.

xiii) Ubat
Ubat yang menyebabkan saluran darah mengembang boleh menyebabkan migrain. Begitu juga dengan beberapa persediaan herba seperti yang mengandungi ginkgo biloba.Penggunaan berlebihan ubat migrain juga boleh menyebabkan migrain.

xiv) Penyebab-penyebab lain.
- Perubahan cuaca.
- Cuaca terang matahari atau lampu.
- Bunyi bising yang kuat. Bau yang kuat.
- Menonton tv, memandang skrin komputer dengan lama.
- Stress dan tekanan emosi. Sesetengah orang mengalami migrain selepas menghadapi tekanan emosi dan sesetengahnya semasa menghadapi tekanan emosi.
- Jantina. Perempuan lebih kerap (tiga hingga empat kali lebih kerap berbanding lelaki).
Merokok.

Rawatan Tanpa ubat

i) Menghadkan pemakanan dan makan secara teratur. Perempuan yang menghadapi migrain sebelum haid perlu mengurangkan pemgambilan garam kerana garam boleh menyebabkan fluid retention.

ii) Pengurangan stress seperrti senaman yang kerap dan teratur dan mengamalkan
teknik-teknik untuk mengurangkan tegangan badan.

iii) Kenakan benda yang panas seperti menggunakan botol air panas ke tempat yang kena.

iv) Kenakan benda yang sejuk seperti beg yang mengandungi ais.

v) Cara hidup yang lebih teratur seperti makan secara teratur dan dapatkan tidur yang cukup.

vi) Baring di tempat yang gelap dan senyap pada permulaan migrain.

vii) Biofeedback. Pesakit diajar mengawal pengembangan dan pengecutan otot dan
saluran darah. Teknik ini lebih berkesan jika diajar kepada pesakit kanak-kanak.

viii) Rawatan lain yang mungkin boleh menolong anda ialah refleksologi (urut saraf kaki). Petua orang-orang tua seperti basahkan bahagian bawah (iaitu dari kaki ke badan dan ke kepala) dahulu semasa anda mandi mungkin juga berkesan.

Ubat

a) Ubat pemberhenti.

i) Vasocontrictors. Ergotamine dan dihydroergotamine mengecutkan saluran darah. Penting untuk mengambilnya pada permulaan migrain.

ii) 5-HT agonist seperti Sumatriptan, Naratriptan, Zolmitriptan, Rizatriptan. Ia berfungsi dengan bertindak menggantikan fungsi serotonin.

iii) Isometheptene.

iv) Kombinasi aspirin + acetaminophan + caffeine.

b) Ubat melegakan.

i) Analgesic (ubat tahan sakit) termasuk narcotic analgesic tetapi ia boleh menyebabkan ketagihan.
ii) Corticosteroid untuk migraine yang lama (sehingga 24 jam) kerana ia boleh mengurangkan inflamasi.

c) Ubat pencegahan.

i) Sesuai untuk yang menghadapi migrain dua kali atau lebih setiap bulan atau migrain yang terlalu teruk sehingga menganggu perjalanan hidup seharian.

ii) Beta blocker terutamanya propranolol melancarkan perjalanan darah.

iii) Calcium channel blocker melancarkan perjalanan darah.

iv) Non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), aspirin. Aspirin mengurangkan sakit dan juga mengurangkan pengumpulan platlet.

v) Ubat anti-depressant seperti amitryptyline boleh mengawal kandungan serotonin.

vi) Riboflavin atau vitamin B2 dalam lingkungan 400mg sehari. Herba, Antara rawatan herba yang digunakan untuk melegakan sakit migrain ialah St.John's wort (hypericum), feverfewdan gastrodia. Kelebihan rawatan jenis ini ialah ia tidak melibatkan ubat-ubatan yang selalunya mempunyai kesan-kesan sampingan yang tidak baik. Bagaimanapun, rawatan herba mengambil masa yang lebih lama dan memerlukan pesakit mengambil herba tersebut untuk jangkamasa lama sebelum kesannya dapat dilihat.


Jenis-jenis migrain yang lain

i) Hemiplegic migraine - rasa lemah sebelah badan. Gene yang berkaitan dengan familial hemiplegic migraine ini boleh dikenalpasti.

ii) Ophtalmoplegic migraine - sekeliling mata.

iii) Basilar artery migraine - berlaku disturbance di saluran darah arteri ke otak yang utama.

iv) Benign exertional headache - disebabkan aktivit-aktiviti seperti berlari, batuk, bersin.

v) Status migraine - berlaku sehingga 72 jam atau lebih. Kesakaitan yang dirasa sangat teruk.

vi) Headache-free migraine - tidak sakit kepala, tetapi pening, masalah penglihatan, sembelit, cirit-birit.